Buffon lakar sejarah di Serie A dengan kemenangan

MILAN, 5 JULAI – Gianluigi Buffon catat rekod penampilan terbanyak di Serie A pada perlawanan semalam ketika Juventus menewaskan Torino 4-1 di Turin dan melonjak naik tujuh mata di tangga teratas liga.

Penjaga gawang berusia 42 tahun itu mengalahkan rekod yang telah dipegang Paolo Maldini sebelum ini dengan sebanyak 647 penampilan ketika dia bersama dengan AC Milan sejak pertama kali menyertai kelab itu di Stadium Allianz.

Cristiano Ronaldo adalah antara salah seorang penyumbang gol pada perlawanan semalam, menjadi pemain Juve pertama yang menjaringkan 25 gol di Serie A dalam satu musim selama 59 tahun, ketika pasukan Maurizio Sarri bergerak menjauhkan jurang mata di atas Lazio yang berada di tempat kedua, yang akan menjadi tuan rumah menentang AC Milan pada perlawanan Sabtu ini.

Buffon, yang menghabiskan musim lalu di Perancis bersama Paris Saint-Germain sebelum kembali ke Juve musim ini, menandatangani perlanjutan kontrak baharu satu tahun awal minggu ini. Ini juga merupakan penampilan Serie A yang kelapan untuk Buffon, dengan pemain antarabangsa Poland, Wojciech Szczesny biasanya merupakan pilihan utama.

Rekod itu muncul selepas 25 tahun Buffon membuat penampilan pertama di Serie A bersama Parma dan 19 tahun kemudian dia pertama kali menyertai Juventus.

Paulo Dybala meletakkan mereka di depan pada minit ketiga perlawanan dengan jaringan individu yang sangat baik melalui hantaran Juan Cuadrado.

Jaringan kedua dijaringkan oleh Ronaldo sebelum separuh masa pertama berakhir dengan rembatan rendah ke sudut bawah gawang lawan.

Torino kembali merapatkan kedudukan sejurus selepas Andrea Belotti menjaringkan sepakan penalti di masa kecederaan separuh masa pertama. Tetapi Ronaldo berjaya menemukan jaringan pada minit ke-61 melalui sepakan percuma yang cemerlang.

Koffi Djidji melakukan jaringan sendiri memberikan kemenangan selesa buat Juve. – AFP

Aksi penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon ketika cuba menyelamatkan sepakan penalti semasa perlawanan Serie A antara Juventus dan Torino semalam di Stadium Juventus, Turin. – AFP