Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buffon sedia ‘tamat’ persaraan

    MILAN, 28 Feb – Penjaga gol legenda Itali, Gianluigi Buffon mengesahkan dia bersedia untuk keluar daripada persaraan antarabangsa sekiranya dipanggil untuk menyertai perlawanan persahabatan menentang England dan Argentina.

    Buffon sebelum ini menyatakan persaraannya selepas Itali tidak berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 60 tahun setelah tunduk di pihak Sweden pada penentuan play-off.

    Namun jurulatih interim kebangsaan Itali, Luigi Di Biagio berkata dia bersedia untuk memanggil semula Buffon bagi perlawanan persahabatan menentang Argentina dan England di Manchester dan London bulan hadapan.

    “Saya baru terfikir untuk pergi bercuti selama beberapa hari bersama keluarga, tapi apabila pasukan negara memerlukan anda, anda perlu menghadirinya dan tidak menolaknya,” kata Buffon ketika muncul pada program Tiki Taka.

    Buffon melambai ke arah penyokongnya pada perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia yang menyaksikan kekalahan Itali kepada Sweden. – AP

    Penjaga gol berusia 40 tahun itu telah berkhidmat untuk Azzuri selama 20 tahun dengan memenangi gelaran Piala Dunia 2006 dan membuat 175 penampilan. Dia turut pernah membuat tawaran bagi kemunculan Piala Dunia keenam.

    Dia berkata tidak ada apa yang perlu ditambah daripada apa yang diulas oleh Di Biagio selain berasakan ia sebagai satu tanggungjawab dan kesetiaan untuknya membantu pasukan negara yang sedang dalam proses pertukaran.

    “Saya ulangi, ia adalah cara untuk menunjukkan kesetiaan dan rasa tanggungjawab terhadap Itali. Sebuah pasukan kebangsaan baharu sedang dibentuk dan permainan pertama bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan kami akan berhadapan dengan Argentina dan England.

    “Saya fikir, mana-mana pemain berpengalaman sangat berguna pada permulaan, meskipun hanya sekadar memberi nasihat kepada pemain yang lebih muda,” ujarnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda