Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buhari kekal jadi presiden Nigeria

    ABUJA, 27 Feb – Muhammadu Buhari hari ini dipilih semula sebagai presiden Nigeria, selepas pengundian tertangguh yang menimbulkan kemarahan pengundi dan menambah ketegangan politik, mendorong kepada dakwaan penipuan dan pakatan.

    Dengan jumlah undi di kesemua 36 negeri Nigeria dan Wilayah Ibu Negeri Persekutuan (FCT) sudah dikira, Buhari, 76, menang dengan kira-kira 15.2 juta undi berbanding pesaing terdekatnya Atiku Abubakar, yang menyusuli dengan hampir empat juta undi.

    “Muhammadu Buhari dengan ini diisytiharkan sebagai pemenang dan dilantik semula,” umum Mahmood Yakubu, pengerusi Suruhanjaya Pengundian Nasional Bebas Nigeria (INEC) awal hari ini.

    Ia merupakan kemenangan kedua di kotak undi buat Buhari, pemimpin tentera yang pada tahun 2015 dipilih untuk memimpin negara yang mempunyai penduduk paling ramai di Afrika dan pengeluar minyak terkenal.

    Ketika menyampaikan ucapan kepada penyokong dan pemimpin parti di ibu pejabat kempen Kongres Progresif Semua (APC), beliau menganggap kemenangannya ini merupakan satu lagi kejayaan untuk demokrasi Nigeria.

    “Pentadbiran baharu akan mempergiatkan usahanya dalam keselamatan, penyusunan semula ekonomi dan membanteras rasuah,” kata beliau. “Kami akan berusaha memperkukuh perpaduan kami supaya tidak ada kumpulan akan rasa ketinggalan di belakang, atau tersisih.”

    Para penyokong telah berkumpul di luar pejabat parti di ibu negara Abuja lewat semalam selepas menyaksikan Buhari jelas mendahului, menari dan menyanyi bagi meraikan kejayaan.

    Naib Presiden Yemi Osinbajo muncul dalam klip video menyanyi ‘Up we go!’ dalam rujukan kepada Buhari dan slogan kempen ‘Peringkat Seterusnya.’ – AFP

    Presiden Muhammadu Buhari melambai ke arah penyokongnya selepas beliau diisytiharkan menang dalam pilihan raya presiden di Abuja, Nigeria. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda