Filem sekuel Khun Pan 3 arahan Kongkiat Komesiri yang padat dengan aksi dan fantasi masih mengekalkan legenda Khun Pan sebagai fokus utama.
Namun, filem berlatarkan era 1950an digambarkan dalam naratif lebih menarik serta gah.
Pelakon Ananda Everingham yang membintangi watak utama Khun Pan mengakui dia sendiri terus melekat dengan karakter itu.
Menurutnya, awal dulu saja mencabar, tapi kini lebih kepada hidupkan jalan ceritanya.
“Ia menjadi lebih mudah. Ini pun sekuel ketiga, tapi Khun Pan pertama memang buat saya keresahan sebab saya campuran Australia dan Laos meskipun membesar di Thailand.
“Saya kenal mendalam banyak budaya Thailand khususnya konteks Khun Pan itu sendiri.

Saya berfikir adakah penonton akan percaya karakter saya? Terutama kerana darah campuran yang menggalasnya.
“Saya paling risau elemen fantasi cerita itu takut tak cukup bagus gambarkan watak saya.
Selepas banyak perbincangan dengan pengarah, saya dapat dalami dengan baik dunia Khun Pan dalam enam bulan pertama,” katanya.
Bukan sekadar pertumpahan darah mahupun aksi semata-mata, Khun Pan 3 menerapkan elemen kemanusiaan berat kali ini. Ananda turut berkongsi mesej ringkas mengenai sekuel ketiga itu.
“Hidup ini singkat. Dengan karakter Khun Pan, dia tidak tahu apa erti bahaya kerana nyawanya sentiasa terancam. Dia kini memiliki isteri dan anak yang belum lahir.
“Elemen kemanusiaan itu yang saya ingin tekankan dalam filem itu,” katanya. – Agensi