Tuesday, July 2, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    ‘Bukan mudah buat drama berkaitan PDRM’

    Bukan mudah hendak menghasilkan drama atau filem berkaitan pasukan keselamatan, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), lapor BH Online.

    Di sebalik aksi menarik dan mencabar dihidupkan dalam babak, ada syarat yang perlu dipatuhi setiap pelakon demi menjaga reputasi anggota badan beruniform itu.

    Pendedahan seorang daripada pelakon drama rantaian Polis Peronda, iaitu Shah Iskandar mengenai tapisan PDRM sebelum membenarkan mana-mana pelakon membawa watak anggota polis, membuktikan ketegasan pengurusan pasukan keselamatan itu.

    Penerbit drama bersiri itu, Datuk Yusof Haslam menyifatkan syarat ditetapkan PDRM sebagai prosedur biasa, bukanlah suatu bebanan kepada syarikat produksi.

    “Sesiapa sahaja kalau hendak buat cerita mengenai anggota polis kena patuhi syarat diletakkan. Sebelum penggambaran, syarikat produksi kena hantar gambar dan profil pelakon ke Ibu Pejabat PDRM di Bukit Aman untuk dinilai.

    “Prosedur ini bukan baru dilaksanakan, sebaliknya sejak zaman saya arahkan drama Gerak Khas. Bagi saya, prosedur ini adalah biasa dan bagus.

    “Erra Fazira juga perlu melalui prosedur sama dan tidak ada masalah pun,” katanya pada sidang media drama Polis Peronda di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini. – Agensi

    Datuk Yusof Haslam menyifatkan syarat yang ditetapkan PDRM sebagai prosedur biasa bagi menjaga reputasi anggota badan beruniform. – Kosmo Digital
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jangka hayat Australia menurun buat kali pertama

    CANBERRA, 2 JULAI - Jangka hayat Australia turun buat kali pertama dalam hampir 30 tahun semasa pandemik COVID-19, dedah satu laporan kerajaan. Institut Kesihatan dan...