Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bukan rezeki Del Potro pertahan gelaran Indian Wells

    LOS ANGELES, 28 Feb – Juan Martin del Potro semalam berkata dia tidak akan mempertahankan gelaran Indian Wells ATP Masters miliknya, pemain dari Argentina itu berdepan satu lagi lagi kekecewaan dalam aksi penampilan semula setelah mengalami patah tempurung lutut kanan.

    “Saya merasa kecewa, saya tidak dapat untuk kembali ke kejohanan Terbuka BNP Paribas untuk mempertahankan gelaran saya,” kata del Potro dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi penganjur kejohanan. “Ia merupakan salah satu kejohanan pilihan saya, dan saya mempunyai kenangan yang luar biasa pada tahun lepas, tetapi doktor menasihatkan saya untuk berehat.”

    Del Potro, yang menghuni ranking keempat dunia, mara ke suku akhir kejohanan di atas permukaan gelanggang keras di Delray Beach, Florida, ming-gu lalu, kejohanan pertamanya sejak tersingkir daripada kejohanan Shanghai Masters pada Oktober lalu.

    Dia jelas beraksi kurang 100 peratus semasa tewas kepada pemain ranking 84 dunia dari Amerika Syarikat, Mackenzie McDonald, dan beberapa jam selepas perlawanan mengumumkan dia tidak dapat mempertahankan gelarannya di Acapulco minggu ini.

    Slotnya di kejohanan Indian Wells akan digantikan oleh Taro Daniel dari Jepun.

    “Saya faham bagaimana sukarnya untuk berdepan dengan kecederaan, dan kembali daripada kecederaan adalah bukan proses yang mudah,” kata pengarah pertandingan Indian Wells, Tommy Haas.

    “Kami mendoakan Juan Martin yang terbaik sepanjang pemulihannya, dan berharap untuk bertemu kembali di Terbuka BNP Paribas pada tahun depan.”- AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda