Wednesday, May 14, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bukan sekadar semboyan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT – Keluarga sakinah, mawaddah dan warahmah tentunya bukan hanya sekadar semboyan dalam ajaran Islam, hal ini menjadi tujuan daripada pernikahan sekali gus nikmat yang Allah berikan bagi mereka yang mampu membina keluarganya.

    Perkara berkenaan adalah antara yang ditekankan oleh penceramah terkenal dari Republik Indonesia, Abdul Somad Batubara dalam ceramah perdana bertajuk ‘Keluarga Sakinah Fi Mardhatillah’ yang diadakan sempena Sambutan Jubli Perak Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, di masjid berkenaan, hari ini.

    Ceramah tersebut dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman serta isteri; Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yussof; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar dan para jemputan khas terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dan kakitangan kerajaan serta para jemaah masjid.

    Dalam ceramahnya itu, Abdul Somad menjelaskan bahawa Sakinah berasal dari Bahasa Arab yang bererti ketenangan, ketenteraman, aman atau damai. Lawan kata dari ketenteraman atau ketenangan adalah kegoncangan, keresahan dan kehancuran.

    Sebagaimana erti kata berkenaan, keluarga Sakinah bererti keluarga yang di dalamnya mengandung ketenangan, ketenteraman, keamanan dan kedamaian antara anggota keluarganya. Keluarga yang sakinah berlawanan dengan keluarga yang penuh keresahan, kecurigaan dan kehancuran.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib dan Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom semasa menghadiri ceramah di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah kelmarin.

    Menurut beliau, dengan adanya ketenangan, ketenteraman, rasa aman, kedamaian maka keresahan dalam keluarga tidak akan terjadi.

    Manakala itu, mawaddah pula bererti perasaan kasih sayang, cinta yang membara, dan menggebu. Mawaddah ini khususnya digunakan untuk istilah perasaan cinta yang menggebu pada pasangannya dan dalam Islam, mawaddah adalah fitrah yang pasti dimiliki oleh manusia.

    Jelas beliau, adanya perasaan mawaddah pastinya mampu membuat rumah tangga penuh cinta dan sayang. Tanpa adanya cinta tentunya keluarga menjadi hambar.

    Adanya cinta membuat pasangan suami isteri serta anak-anak mahu berkorban, mahu memberikan sesuatu yang lebih untuk keluarganya. Perasaan cinta mampu memberikan perasaan saling memiliki dan saling menjaga, ujar beliau lagi.

    Kira-kira 3,000 orang telah hadir mendengarkan ceramah berkenaan yang berlangsung selepas sembahyang Fardu Isyak berjemaah.

    Antara tujuan ceramah perdana berkenaan adalah untuk mengimarahkan Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah dengan kehadiran lebih ramai jemaah serta untuk menjunjung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Brunei sebagai sebuah Negara Zikir, di samping mengembangkan syiar Islam di Negara Brunei Darussalam melalui aktiviti-aktiviti takmir masjid dan surau.

    Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah mula digunakan pada Khamis malam Jumaat bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-48 tahun iaitu pada 14 Julai 1994, di mana Baginda sendiri telah berkenan berangkat menunaikan sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak berjemaah serta berkenan menyampaikan titah khutbah pertama pada 15 Julai 1994. Beberapa acara telah pun dirancang bagi menyemarakkan lagi Sambutan Jubli Perak Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/