Selebriti sensasi dari Indonesia, Nikita Mirzani mendedahkan bekas kekasihnya iaitu Rizky Irmansyah sering berlaku curang sepanjang mereka menjalinkan hubungan cinta.
Nikita, 38, berkata, hatinya remuk apabila Rizky berlaku curang terhadapnya dengan puluhan orang wanita sehingga membuatkan dia berasa seperti tidak percaya.
Disebabkan pengkhianatan itu, Nikita lebih rela mati daripada kembali merangkak ke pangkuan Rizky.
“Kembali semula kepadanya? Lebih baik saya mati. Saya rela tiada kehidupan, pekerjaan atau kawan-kawan asalkan saya tak merangkak balik padanya.
“Bukan seorang dua tapi puluhan wanita! Betulkan hidup sendiri dulu,” katanya memetik laporan mStar.
Nikita mendedahkan perkara itu ketika melakukan video siaran langsung di Instagram miliknya Ahad lalu.
Dalam pada itu, Nikita juga mendakwa Rizky bersikap mengongkong dan suka mengawal kehidupannya sepanjang mereka bersama. Katanya, dia tidak kisah kehidupannya dikawal namun kecurangan Rizky membuatkan dia sudah tawar hati.
“Kalau mahu kawal orang pastikan diri sendiri pun betul tapi ini tidak, boleh curang dengan perempuan lain,” katanya. – Agensi