Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bukit Udal FC juara kejohanan bola sepak 9 sebelah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JULAI – Pasukan Bukit Udal FC yang mewakili Mukim Tanjung Maya berjaya menjuarai Kejohanan Bola Sepak 9 Orang Sepasukan selepas mengalahkan pasukan Bukit Beruang dari Mukim Telisai dengan jaringan 1-0 pada perlawanan akhir di Kompleks Sukan Tutong kelmarin.

    Juara kejohanan, Bukit Udal FC.
    Naib juara, Pasukan Bukit Beruang.

    Manakala Pasukan MPK Sinaut/Sungai Kelugos menduduki tempat ketiga selepas mengalahkan pasukan Mukim Keriam.

    Pemenang tempat ketiga, Pasukan MPK Sinaut/Sungai Kelugo.

    Penjaring terbanyak kejohanan telah dimenangi oleh Abu Bakar Mahari dengan 6 jaringan dan Penjaga Gol Terbaik dianugerahkan kepada Bedye Kerisma bin Suti dari pasukan Bukit Udal FC. Pemain Terbaik perlawanan akhir pula dimenangi oleh Shafiee bin Hamdan dari  pasukan Bukit Udal FC.

    Di perlawanan itu, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Mohammad Sofian bin Haji Basri hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan trofi dan pingat kepada pasukan pemenang.

    Hadir sama menyaksikan perlawanan akhir itu adapah Pengarah Urusan Hitune Group of Campanies dan juga Pengarah Urusan ‘YAKIN Football League’, Pengiran Zamri bin Pengrian Haji Bujang dan Ketua Pegawai Eksekutif HiTUNE Group of Companies, Dayang Hernah Nur Imani bin Muhd Jeffrey.

    Kejohanan bola sepak yang bersempena dengan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-78 itu dianjurkan oleh Majlis Perundingan Mukim (MPM) Telisai dengan Kerjasama Jabatan Daerah Tutong, TDAFA, JBS Cawangan Tutong dan MPK di bawah Mukim Telisai serta disokong beriga oleh ‘YAKIN Football League’.

    Sebanyak 14 buah pasukan bola sepak telah menyahut cabaran menyertai kejohanan yang kali pertama diadakan itu dan disertai oleh lapan buah mukim-mukim di daerah Tutong.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda