Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bukti diserahkan kepada FIFA

    PARIS, 3 Jan – Pemberi maklumat, Grigory Rodchenkov, yang berkata dia mempunyai maklumat mengenai doping dalam bola sepak Rusia, sekarang bebas daripada sekatan perundangan dan memberikan bukti kepada FIFA, Agensi Anti Doping Dunia (WADA) memberitahu AFP semalam.

    “Fakta, Dr. Rodchenkov baru-baru ini dapat dihubungi untuk memberikan keterangan dalam prosiding perundangan yang dilakukan oleh IFs (persekutuan antarabangsa), di mana dia tidak dapat melakukannya sebelum ini kerana pengetatan yang dilakukan oleh penguatkuasa undang-undang Amerika Syarikat (AS) hasil dari penyiasatan berterusan di AS,” kata jurucakap WADA menjelaskan.

    Rodchenkov merupakan ketua makmal anti-doping Moscow selama 10 tahun sehingga 2015 apabila dia meninggalkan negara itu menuju ke AS dan mendedahkan sistem doping terancang Rusia.

    Pendedahannya itu membongkar skandal yang mengakibatkan kebanyakan atlet-atlet Rusia digantung dari Olimpik Rio pada tahun 2016 dan penyingkiran pasukan Rusia dari Sukan Musim Sejuk di Pyeongchang yang diadakan pada Februari depan.

    Peguam Rodhenckov membuat pendekatan kepada badan induk bola sepak FIF untuk tidak berhubung dengan anak guamnya, yang memberitahu Associated Press bahawa Rodchenkov mempunyai “maklumat mengenai pemain-pemain bola sepak Rusia yang dilindungi oleh sistem doping negara tersebut.”

    Gianni Infantino ketika berucap dalam sidang media. Pemberi maklumat, Grigory Rodchenkov akan memberikan bukti kepada FIFA mengenai doping dalam bola sepak Rusia. – AFP

    FIFA berkata ia berusaha untuk menghubungi Rodchenkov menerusi WADA pada November lalu tetapi dimaklumkan dia tidak dapat bercakap mengenainya.

    “Apabila Dr. Rodchenkov berjaya dihubungi untuk memberikan keterangan, WADA meletakkan proses bagi IFs untuk memintanya memberikan keterangan dalam prosiding itu yang mendapatkan kes ke atas individu atlet-atlet terlibat,” kata jurucakap WADA.

    Dengan persaingan Piala Dunia di Rusia semakin hampir, FIFA dan WADA menunggu ujian semula terhadap contoh-contoh doping, yang dijadualkan akan bermula pada pertengahan Januari.

    FIFA selalu berkata semua ujian yang dilakukannya setakat ini membuktikan keputusan yang negatif.

    “Jika terdapat masalah yang serius terhadap doping dalam bola sepak, sama ada di Rusia atau di mana-mana negara di dunia, kami sudah pasti tahu,” kata Presiden FIFA, Gianni Infantino pada 1 Disember lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda