Friday, May 16, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bukti kecintaan dalam dunia kulinari

    Oleh Nurdiyanah R.

    Semakin hari semakin cinta, biar usia berlalu namun kudratnya dalam meniti samudera dunia masakan tetap mekar. Seperti derasnya air sungai yang mengalir, begitulah juga mengalirnya semangat juang dalam jiwa dan hati wanita berusia 87 tahun ini terhadap kecintaan dalam bidang kulinari sehingga terhasilnya kompilasi buku resipi sentuhan hidangan peribadinya.

    Berbekalkan kekayaan pengalaman pada diri Hajah Dayang Norsiah binti Haji Abdul Rahim atau lebih dikenali ramai sebagai Cikgu Norsiah maka terhasillah buku resipi seindah namanya, Resepi Bonda – Cikgu Norsiah.

    Mengandungi lebih 40 jenis resipi istimewa pembuka mulut, juadah utama dan pencuci mulut yang telah dihimpunkan dan dikompilasikan bersama oleh anak-anaknya, Datin Hajah Dayang Zalina dan Dayang Maslina di samping bantuan dan sokongan teguh ahli keluarga tersayang yang lain.

    Sebuah karya yang bukan sekadar coretan-coretan resipi istimewa semata-mata, bahkan apabila diselami, memberi cetusan minda dan jiwa betapa pentingnya khazanah ilmu sajian ini untuk dijadikan sandaran memantapkan salah satu kehidupan asas dalam berkeluarga dan bermasyarakat.

    Impian tercapai berkat keluarga tersayang

    Wanita yang sentiasa mencurahkan senyuman manis dan riak wajah yang lembut ini telah merakamkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT atas segala limpahan rezeki yang diperolehinya.

    Cikgu Norsiah (dua kiri) mengabadikan kecintaannya terhadap kulinari dalam buku Resepi Bonda yang dilancarkan baru-baru ini, hasil pengalaman bertahun-tahun lamanya yang masih lagi segar sehingga kini.

    “Bagaikan irama dan rentak lagu yang memang sukar untuk dipisahkan, itulah saya dengan seni dunia masakan. Ya, setiap seni itu sangat indah, unik dan halus. Begitulah juga seni dalam dunia masakan.

    “Segalanya pasti memiliki keistimewaan dan keseronokan yang tersendiri jika kita benar-benar menyelaminya dengan penuh ketulusan,” kata Cikgu Norsiah, yang pernah menjadi guru tempatan pertama yang mengajar Urusan Rumah Tangga di Seria, Daerah Belait pada sekitar awal tahun 1958 suatu ketika dahulu, dalam majlis pelancaran buku koleksi resipi masakannya yang berlangsung di Restoran Tarindak D’Polo Jerudong semasa ditemui penulis baru-baru ini.

    Pengalaman hidup membawa kemanisan

    Penglibatan Cikgu Norsiah dengan pelbagai kegiatan urusan rumah tangga sememangnya bermula seawal usia 10 tahun, lebih-lebih lagi dengan kegigihan untuk berusaha dan berdikari membantu kedua-dua ibu bapa tercinta.

    Beliau tekad untuk menghabiskan separuh daripada usia remajanya dengan urusan rumah tangga meskipun pada ketika itu memiliki semangat untuk bersekolah dan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

    Pada usia meningkat remaja dengan pernah merasai detik-detik sejarah silam berlakunya zaman penjajahan Jepun suatu ketika dahulu telah mendidik diri beliau untuk semakin giat berusaha melakukan kerja-kerja urusan rumah tangga seperti memasak, menjahit dan menggubah bunga-bungaan demi membantu ibu dan adik-beradik yang lain semasa menetap di Sabah.

    “Pengalaman suka duka yang pernah dilalui suatu ketika dahulu bersama insan-insan tersayang yang banyak mencurahkan ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang masakan itulah detik-detik terindah yang sentiasa bersemarak dalam hati dan jiwa ini untuk dikenang sehingga kini,” ujarnya yang merupakan salah seorang ibu tunggal yang cekal membesarkan sendiri enam orang anak yang masing-masing kini berjaya dengan kerjaya mereka dengan senyuman manis ketika mengimbas kenangan silam.

    Kelas urusan rumah tangga pertama di Seria

    Sekitar tahun 1957, Cikgu Norsiah yang berjaya memperoleh segulung sijil setelah menamatkan pengajian dalam jurusan Diploma dalam Urusan Rumah Tangga di Singapura telah mendorong beliau untuk membuka kelas bagi urusan rumah tangga yang buat julung kalinya terdapat di kawasan Seria pada ketika itu.

    Berkat langkah positif dalam mengadakan kelas urusan rumah tangga berkenaan serta sokongan teguh daripada kedua ibu bapa dan sahabat handai yang tidak putus-putus, beliau telah ditawarkan jawatan sebagai Guru Urusan Rumah Tangga di Sekolah Rendah Muhammad Alam, Seria. Dalam pada itu, jasa bakti beliau dalam mencurahkan ilmu kemahiran seni masakan kepada anak bangsa tanah air di negara ini semakin bersemarak sehingga akhirnya beliau ditetapkan jawatan sebagai tenaga pengajar urusan rumah tangga bagi kursus lanjutan kelas dewasa di bawah Jabatan Pelajaran, Kementerian Pendidikan bermula pada tahun 1964 hingga tahun 1984 bagi Daerah Brunei dan Muara dan juga Daerah Temburong.

    Pengalaman sentiasa segar

    Dalam pada itu, Cikgu Norsiah juga pernah berkongsi kepakaran seni masakan beliau dengan mengadakan kelas-kelas masakan yang sekali gus memperkenalkan keunikan pelbagai kulinari Melayu Brunei semasa beliau berada di beberapa buah negara luar seperti Arab Saudi, Iran, India, Bangladesh dan Jordan, lebih-lebih lagi ketika melawat anak beliau yang pada ketika itu mengikuti suaminya bertugas sebagai wakil diplomat Negara Brunei Darussalam.

    Kesenian masakan Cikgu Norsiah sememangnya semakin bergerak dan secara positif apabila beliau berpeluang mencurahkan ilmu dan teknik masakan dengan mengadakan kelas-kelas khusus bagi kaum hawa sewaktu berada di luar negara yang mana turut disertai oleh anak perempuan beliau.

    Antaranya dengan mengadakan kelas bagi Kumpulan ASEAN Women Circle semasa di Riyadh, Arab Saudi dan juga Kumpulan ASEAN Ladies Circle sewaktu berada di Iran, India, Bangladesh dan Jordan.

    Dalam pada itu, kepakarannya dalam seni masakan turut mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan dalam kalangan masyarakat di negara ini sehingga beliau pernah menerima tawaran untuk tampil sebagai salah seorang tetamu undangan untuk beberapa buah program rancangan masakan di bawah Radio Televisyen Brunei (RTB).

    Selain itu, bagaikan kenangan terindah apabila Cikgu Norsiah juga turut berpeluang untuk mengikuti program masakan di saluran televisyen Arab Saudi dan juga pernah menghiasi keratan artikel bagi majalah masakan di Malaysia.

    Semangat juang Cikgu Norsiah dalam berkongsi ilmu kepada anak didik beliau lebih 20 tahun itu sudah setentunya mampu memberi inspirasi kepada kita semua untuk sentiasa berusaha dengan gigih dalam memantapkan sesuatu kemahiran dengan penuh keyakinan dan ketulusan sehingga mampu mencipta sesuatu keistimewaan yang tersendiri.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/