Sunday, December 22, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bukti komitmen tegas Malaysia perangi rasuah

    SANDAKAN, 23 Sept – Pemerkasaan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menjadi Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) sejajar dengan komitmen tegas kerajaan memerangi gejala rasuah.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata IPCMC akan bertindak sebagai badan pemantau bebas yang lebih holistik.

    Perubahan ini sebenarnya dilaksanakan selepas banyak laporan awam melibatkan salah laku polis diterima, jelasnya pada sambutan Pesta Kuih Bulan anjuran Pusat Khidmat Parlimen Batu Sapi dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) di sini, malam tadi.

    Pesta itu diadakan di perkarangan Pasar Umum Taman Mawar dirasmikan oleh Presiden MPS Datuk Peter Hii Chang Lik.

    Liew, yang juga Anggota Parlimen Batu Sapi, berkata kerajaan persekutuan diterajui Pakatan Harapan (PH) menjadikan pencegahan rasuah satu daripada elemen yang penting bagi memastikan kesejahteraan Malaysia terjamin.

    Datuk Liew Vui Keong berkata IPCMC akan bertindak sebagai badan pemantau bebas yang lebih holistik. – Bernama

    Justeru, katanya, di sinilah kaitan antara integriti dan penjawat awam terutamanya pihak penguatkuasa undang-undang untuk melaksanakan amanah serta kuasa yang dipertanggungjawabkan demi kepentingan awam.

    Selain itu, katanya status Biro Pengaduan Awam juga akan ditukar kepada Ombudsman Malaysia, sebuah badan bebas untuk menyiasat aduan awam terhadap isu berkaitan jentera kerajaan serta memastikan tiada kes penyelewengan berlaku dalam jabatan kerajaan.

    “Saya percaya dengan penggubalan Akta Ombudsman ini, pengurusan aduan akan menjadi lebih berkesan,” katanya.

    Dalam pada itu, Liew berkata di Malaysia, sambutan Kuih Bulan adalah unik kerana ia disambut oleh seluruh rakyat tanpa mengira kaum, malahan kuih bulan yang dihidang turut menjadi kegemaran semua. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda