Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Buku berharga hingga ratusan

    Tahun demi tahun, isu bantuan persekolahan menjadi ‘ritual tahunan’ yang selalu menimbulkan kekeliruan dan kekusutan dalam kalangan ibu bapa yang menanti dengan penuh harapan.

    Ramai ibu bapa yang berharap untuk mendapatkan bantuan persekolahan yang ditawarkan oleh pihak berwajib kerana jumlah harga buku sekarang bukan hanya puluhan ringgit tetapi mencecah hingga ratusan untuk seorang pelajar.

    Walaupun niat bantuan tersebut jelas untuk meringankan beban kewangan keluarga, kita harus sedar bahawa permohonan bantuan itu bukanlah satu jaminan kelegaan.

    Bagi yang kurang berkemampuan apalagi menanggung anak yang ramai, mereka amat berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat menyelesaikan segala masalah kewangan berkaitan peralatan anak sekolah.

    Oleh itu, tindakan pihak sekolah dalam menangani isu buku mahal adalah penting untuk memastikan semua pelajar dapat mengakses sumber pembelajaran yang diperlukan tanpa dibebani dengan kos yang tinggi.

    Selain itu, pihak sekolah boleh meneliti buku yang diperlukan dan menilai sama ada buku tersebut benar-benar penting untuk pembelajaran pelajar.

    Jika ada buku yang tidak begitu relevan, pihak sekolah boleh mempertimbangkan untuk menggantikannya dengan bahan pembelajaran yang lebih murah atau dalam bentuk digital yang mudah diakses oleh semua pelajar.

    Eddy

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...