Sunday, November 24, 2024
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buku bincangkan undang-undang keluarga Islam dilancarkan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 NOV – Satu majlis pelancaran Buku Bunga Rampai: Undang-Undang Keluarga Islam telah diadakan baru-baru ini bertempat di Pentas Utama, Pesta Buku Brunei 2024, Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

    Buku tersebut ditulis oleh bekas Peguam Syarie yang telah berkhidmat lebih 20 tahun, Mohammad Shahray Zulkifli dan dilancarkan oleh Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei (DBP), Dayang Hajah Haireni binti Haji Awang Damit.

    Majlis Pelancaran ini turut dihadiri oleh Ketua Bahagian Pemasaran Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM) mewakili Penerbit USM, Mohd Zaidi bin Abdullah dan Pengurus dan Penerbit Syarikat Penerbitan Seni Kreatif Production, Haji Mohammad Yunus bin Haji Mohd Salleh mewakili penulis buku.

    Buku tersebut membincangkan isu perkahwinan, poligami, perceraian, pembubaran perkahwinan, tuntutan selepas perceraian dan juga isu-isu terkini termasuk LGBTQ, monkey pox, narsisis dalam rumah tangga, ajaran sesat dan sebagainya selain menerangkan keindahan undang-undang keluarga Islam Brunei.

    Penulis mengambil masa lebih kurang lima tahun untuk menyiapkan buku berkenaan menerusi penelitian terhadap ratusan kes, buku, artikel, media sosial, keratan akhbar dan juga temu ramah dengan kakitangan Mahkamah Syariah Brunei.

    Buku berkenaan diharap dapat menjadi rujukan oleh pelajar jurusan undang-undang kerana kes-kes yang dibincangkan di dalam buku ini juga melibatkan kes-kes di dalam negara dan juga Malaysia.

    Majlis pelancaran turut dihadiri oleh para pegawai dari Mahkamah Syariah Brunei dan DBP Brunei.

    Dayang Hajah Haireni menyampaikan ucapan.
    Antara yang hadir semasa pelancaran buku berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda