Tuesday, September 10, 2024
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buku Britney Spears bakal jadi filem biopik

    Kisah kehidupan princess of pop, Britney Spears bakal dijadikan filem apabila Universal Pictures sudah mendapat hak untuk mengadaptasi buku memoir bintang terkenal itu.

    Buku memoirnya yang berjudul The Women in Me diterbitkan pada 24 Oktober 2023 menjadi antara buku autobiografi terlaris dengan lebih tiga juta salinan terjual seluruh dunia.

    Berdasarkan laporan MH, filem tersebut bakal diarahkan oleh Jon M.Chu yang merupakan pengarah Crazy Rich Asians manakala penerbitnya pula adalah Marc Platt yang banyak menerbitkan filem seperti La la Land dan Chicago.

    Meninjau ke laman X, penyanyi yang popular dengan lagu Sometimes itu turut berkongsi kepada pengikutnya mengenai hal tersebut.

    “Teruja untuk berkongsi dengan peminat saya bahawa saya sedang mengerjakan projek rahsia dengan MarcPlatt. Dia sentiasa membuat filem kegemaran saya…Nantikan,” kongsi Britney.

    Imbas kembali, The Women in Me merupakan buku memoir yang memiliki 275 halaman dan ditulis sendiri oleh Britney Spears.

    Sejak diterbitkan, buku yang berada dalam carta pertama di New York Times Best Selling itu sudah diterjemahkan dalam 26 bahasa. – Agensi

    Gambar fail bertarikh 18 Oktober 2018 ketika Britney menghadiri pengumuman kediaman baharunya di Park MGM di Las Vegas, Nevada. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda