Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buku cerita ketengahkan budaya Iran

    Oleh Ak Zaki Kasharan 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OGOS – Sebuah buku cerita budaya Iran bertajuk The Hodhod and The Simorgh telah dilancarkan pada majlis yang berlangsung di Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB), pagi tadi, sempena memperingati minggu kerajaan Republik Islam Iran.

    Buku berkenaan mengambil kisah daripada buku puisi Mantiq-ut-Tayr oleh Attar Neishabouri, salah seorang ahli mistik dan personaliti terbesar Iran pada abad ke-7 dan ke-8 Hijrah.

    Kisah berkenaan telah ditulis semula dengan kerjasama antara Kedutaan Republik Islam Iran di Brunei Darussalam dan Brunei Reading & Literacy Association (ReLA). 

    Pelancarannya disempurnakan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Pendidikan, Dr Shamsiah Zuraini Kanchanwati binti Haji Tajuddin selaku tetamu kehormat dan penolong menteri dan ketua pengarah bagi Asia dan Pasifik, Kementerian Hal Ehwal Luar Negara Republik Islam Iran yang sedang dalam lawatan kerja dua hari ke Negara Brunei Darussalam.

    Duta Besar Republik Islam Iran ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Homeira Rigi dalam ucapannya berkata dengan membaca buku berkenaan, anak-anak Brunei akan belajar bahawa mereka harus mempunyai matlamat dalam hidup mereka, dan dengan kerja keras dan kerjasama, sabar, serta dengan mempunyai pemimpin yang bijak, mereka boleh mencapai matlamat yang tinggi.

    Akhirnya, para pelajar dan tetamu yang hadir turut menikmati enakmen cerita secara langsung yang dipersembahkan oleh mahasiswa dan mahasiswi Universiti Teknologi Brunei (UTB).

    PYT Homeira Rigi semasa menyampaikan ucapannya pada majlis pe-lancaran buku cerita budaya Iran di JIS, kelmarin.
    Persembahan enakmen cerita turut diadakan semasa majlis tersebut

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda