Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT – Keunikan tumbuhan paku-pakis yang terdapat di Negara Brunei Darussalam telah diketengahkan dalam buku, Ferntastic Brunei dan poster, Ferns of Brunei Darussalam yang dilancarkan oleh Universiti Brunei Darussalam dalam majlis pelancaran buku dan poster yang berlangsung di Simpur Cafe, UBD, hari ini.
Pelancaran buku dan poster yang merupakan projek kerjasama di antara UBD dan Biodiversity and Natural History Society (BruWILD) telah disempurnakan oleh Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam, Dr Hazri bin Haji Kifle.
Pengarah IBER, Dr Hussein Taha dalam kata alu-aluannya di majlis berkenaan menyatakan bahawa seperti banyak spesies yang lain, paku-pakis juga berhadapan telah tekanan hebat daripada perubahan kepada habitat mereka.
Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Rabu.