Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buku hiburkan pelarian di Greece

    ATHENS – Sebuah minivan kelihatan berhenti di salah sebuah pasar makanan di Athens dan menarik perhatian sekumpulan pelarian yang berada di sekitarnya. Ia tidaklah membawa makanan namun membawa beratus-ratus buku (dapat memenuhi kelaparan ilmu).

    Bagi puluhan ribu pelarian yang terperangkap di Greece sejak dua tahun lalu, selepas negara-negara Eropah menutup sempadannya secara berturut-turut, survival kehidupan bukanlah lagi menjadi satu masalah.

    Sebaliknya, kebosanan dan rasa putus asa tentang masa depan mereka adalah musuh baru mereka kerana mereka telah menunggu atau menetap di sana sudah hampir berbulan-bulan, dan ada juga bertahun-tahun lamanya, bagi proses permohonan pemindahan mereka di tempat lain di Eropah. Kini, sekurang-kurangnya dua inisiatif berasingan telah muncul untuk membantu pelarian mengisi masa dan hari mereka yang sangat panjang.

    Salah satu daripadanya ialah Perpustakaan Echo Refugee – sebuah kereta minivan yang dilengkapi dengan rak bagi lebih 1,000 buku yang berada di kem pelarian pada setiap minggu di kawasan Athens, serta daerah-daerah miskin di ibu negara di mana banyak pelarian tinggal di rumah sewa PBB.

    Matlamat inisiatif ini adalah untuk “menjadikan budaya membaca ini dapat diakses oleh semua orang,” kata Esther Ten Zijthoff, 25, seorang penyelaras projek Belanda-Amerika. Buku-buku – dalam bahasa Inggeris, Yunani, Perancis, Arab, Kurdish dan Persia – telah disediakan oleh para dermawan di Greece, Belgium, Britain dan Lubnan atau dibeli dengan wang yang kemudiannya disumbangkan melalui dalam talian.

    Para pengunjung duduk di luar van perpustakaan di pusat Athens. – AFP
    Seorang lelaki membaca kamus di dalam sebuah van di pusat Athens. – AFP

    Ali, seorang warga Syria berusia 26 tahun, adalah antara mereka yang tidak pernah melepaskan perkhidmatan ini yang berada di pasar makanan.

    “Saya benar-benar suka untuk membaca. Ia memberi saya untuk jadi lebih baik lagi,” katanya kepada AFP, terlihat sebuah novel Agatha Christie berada di tangannya.

    Buku novel Agatha Christie adalah antara yang mendapat tempat di hati para pelarian, kata Zijthoff.

    “Kisah misteri dan romantik yang dipamerkan dalam bukunya itu sangat disukai oleh para-para speaker Arab. Kami mahu untuk mendapatkan keseluruhan koleksi novelnya itu.”

    Kamus bahasa juga antara permintaan ramai, apabila kebanyakan pembaca meminjamnya kemudian membuat salinan untuk sentiasa berada di samping mereka. Di bahagian lain pusat bandar itu, satu inisiatif yang sama telah menarik perhatian pelarian Syria dan Afghanistan ke pejabat We Need Books, sebuah kumpulan sukarelawan yang dibentuk tahun lepas yang juga memberikan kelas bahasa Arab dan Perancis.

    We Need Books mempunyai koleksi buku Parsi terbesar di Athens, termasuklah lebih daripada 150 buku dihantar terus dari Afghanistan, kata pengasas bersama Ioanna Nissiriou. Di sini, buku yang paling popular adalah Arabian Nights. Satu-satunya salinan di Parsi, telah dihantar pada Jun lalu, dalam keadaan yang sudah koyak-rabak, namun dia masih menghargainya.

    “Pada mulanya matlamat kami adalah membantu pelarian ini untuk mempelajari kesusasteraan, tetapi kini kami juga berusaha untuk mendidik kanak-kanak dan membantu mereka mengintegrasikannya,” kata Nissiriou, bekas wartawan berusia 38 tahun.

    Duduk di atas kusyen duduk yang berwarna terang, Zahra yang berusia 16 tahun dari Afghanistan baru sahaja menemui karya penulis ikon Greek, Nikos Kazantzakis, pengarang bagi buku Zorba the Greek dan The Last Temptation of Christ.

    “Saya menyukai buku ini kerana ia adalah satu budaya baru buat saya,” katanya sambil menyelak buku Odyssey Nikos Kazantzakis, sebuah cerita sekuel bagi watak klasik Homer.

    “Tetapi buku kegemaran saya ialah Tales of the Brothers Grimm, yang mana serupa dengan cerita-cerita dongeng Faerie, yang selalu saya membacanya semasa zaman kanak-kanak saya,” kata pemuda warga Afghanistan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda