Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buku Irsyad Hukum 2017 dilancar

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri telah melancarkan buku Irsyad Hukum 2017 keluaran ke-21 yang menyentuh beberapa topik menarik.

    Pelancarannya telah diadakan hari ini di Ruang Penerbitan dan Penerangan, Jabatan Mufti Kerajaan di mana Ketua Bahagian Penerbitan dan Penerangan, Haji Mohidin bin Haji Mustapha menjelaskan, buku tersebut mempunyai 36 tajuk yang menarik untuk diketahui dan menjadi panduan serta rujukan kepada orang ramai.

    Buku Irsyad Hukum 2017 yang mengandungi 306 muka surat ini menyentuh beberapa tajuk penting yang dibahagikan kepada beberapa bab seperti ibadat, muamalat, haiwan, perundangan, akhlak, doa, wirid dan juga zikir.

    Antara tajuk-tajuk menarik termasuk memperbanyakkan berdoa ketika sujud dalam sembahyang, hukum perempuan mengerjakan sembahyang jenazah, hukum membayarkan fidyah atau dam bagi pihak orang lain dan ‘Jatuhkah Thalaq yang Dilakukan Suami Secara Bertulis’.

    Buku Irsyad Hukum yang mula diterbitkan pada 1996 bukan saja menyajikan topik-topik menarik malah setiap tajuk turut dikupas berlandaskan dalil-dalil Al-Quran, hadis dan juga kaul para ulama muktabar.

    Haji Mohidin ketika mempamerkan koleksi buku Irsyad Hukum 2017.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda