Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    ‘Buku jendela dunia’

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Seramai 483 orang kanak-kanak dari Taman Asuhan Kanak-kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA YSHHB) telah menghadiri acara minggu bacaan Masked Readers Week di Dewan TASKA, hari ini.

    Turut hadir ialah Pemangku Pengetua TASKA YSHHB, Hajah Mariam binti Haji Ladi dan 11 orang ahli Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), cawangan Sengkurong dan Berakas.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah sebelum penerangan dari bahagian agama mengenai ayat pertama dari Surah Al-Alaq dan kepentingan membaca Al-Quran.

    Antara lain objektif acara itu adalah meningkatkan kesedaran murid-murid dan warga TASKA bahawa buku adalah jendela dunia yang berisikan segala ilmu pengetahuan yang bermanfaat, selain mendorong kekuatan kognitif murid-murid dan meningkatkan daya kreativiti serta imaginasi hasil daripada membaca buku-buku bacaan.

    Kanak-kanak TASKA YSHHB turut dimeriahkan dengan lakonan sketsa Sang Arnab dan Sang Kura-kura oleh murid-murid Taman Asuhan 3, nyanyian lagu-lagu dari buku cerita, penerangan mengenai buku-buku dalam talian, penjualan buku-buku Mekar, melawat bas bergerak DBP serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan.

    Hajah Mariam menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang kanak-kanak TASKA YSHHB pada majlis di Dewan TASKA kelmarin. – GAMBAR SERAHAN TASKA YSHHB
    Ibu bapa dan penjaga tidak melepaskan peluang menyertai acara tersebut.– GAMBAR SERAHAN TASKA YSHHB

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...