Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buku Masjid-masjid Negara Brunei Darussalam dilancarkan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 FEB – Dengan tujuan untuk mengetengahkan sejarah masjid-masjid utama di Negara Brunei Darussalam dan seluruh dunia, buku bertajuk Masjid-masjid Negara Brunei Darussalam telah dilancarkan hari ini, di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.

    Buku tersebut mengandungi banyak rujukan sejarah termasuk daripada kitab suci Al-Quran berkenaan masjid dalam sejarah Islam dan hadis Nabi Muhammad SAW tentang adab memasuki sesebuah masjid.

    Pelancaran buku tersebut disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan pengarang buku, Dato Paduka Dr Haji Abdul Latif bin Haji Ibrahim.

    Di samping mengandungi sejarah masjid-masjid utama di negara ini, buku tersebut juga mengongsikan tentang bagaimana dan mengapa Allah SWT menyelamatkan beberapa buah masjid penting daripada kemungkinan kemusnahan.

    Selain itu buku tersebut juga menceritakan pengalaman pengarang melalui lawatan-lawatan peribadi beliau ke masjid-masjid di luar negara.

    Penerbitan buku berkenaan diharapkan sebagai sumber pengetahuan dan rujukan kepada orang ramai di samping menjadi sumbangan ke arah pembangunan masjid-masjid pada masa depan di negara ini.

    Pengarang buku merupakan bekas Pengarah Balai Kenangan Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien di Istana Nurul Iman.

    Beliau berkelulusan PhD dalam pengajian antropologi di Universiti Kebangsaan Malaysia serta Sarjana Falsafah dalam Antropologi dari Universiti Cambridge United Kingdom.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin melancarkan buku Masjid-masjid Negara Brunei Darussalam, kelmarin. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda