Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Buku puisi mini dijual AS$1.25 juta

    LONDON, 25 APRIL – Sebuah buku puisi mini yang ditulis oleh Charlotte Bronte, 13 tahun, akan kembali ke kampung halamannya di Yorkshire selepas ia dibeli dengan harga AS$1.25 juta oleh sebuah konsortium British, kata pembeli hari ini.

    Dengan saiz lebih kecil daripada kad permainan, manuskrip setebal 15 muka surat bertarikh 1829 itu merupakan koleksi 10 puisi yang belum diterbitkan yang dilancarkan di New York pada minggu lalu selepas tersembunyi lebih daripada satu abad.

    Dengan tajuk ‘A Book of Rhymes by Charlotte Bronte, Sold By Nobody and Printed by Herself,’ jilid itu dijahit tangan dalam kulit kertas asal warna perang.

    Badan amal kesusasteraan British, Sahabat Perpustakaan Nasional, mengesahkan ia telah mengumpul AS$1.25 juta, bermakna ‘kemungkinan ia merupakan manuskrip kesusasteraan paling berharga pernah dijual.’

    Ia akan didermakan kepada Muzium Bronte Parsonage di Haworth, Yorkshire, di mana penulis novel ‘Jane Eyre’ membesar bersama adik-beradiknya termasuk adik perempuan Emily dan Anne.

    Ann Dinsdale, ketua kurator muzium, mengucapkan terima kasih kepada semua dermawan British yang berkumpul untuk membiayai pembelian selepas badan amal itu menolak bidaan penjual di New York.

    “Ia sentiasa mencetuskan perasaan terharu apabila barangan milik keluarga Bronte kembali ke tempat asal,” katanya dalam kenyataan.

    “Dan buku kecil ini kembali ke tempat ia ditulis, apabila ia dipercayai telah hilang, adalah sesuatu yang amat istimewa buat kami.” – AFP

    Manuskrip mini hasil karya Charlotte Bronte dipamerkan di Pameran Buku Antik New York di bandar New York baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...