BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Buku ‘Raja Melakar Sejarah’ tulisan Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned menerima anugerah sebagai Buku Umum Terbaik ASEAN 2018 sementara terjemahan buku tersebut, ‘The King Who Shapes History’ telah menerima Anugerah Buku Terjemahan Terbaik ASEAN 2018.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima pesambah buku-buku tersebut sempena Sambutan Jubli Emas KDYMM tahun lalu daripada penulisnya dan diterbitkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)