Friday, May 2, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buku Ucapan Takziah penghormatan buat mangsa letupan Bandar Abbas

    Oleh Nurdiyanah R. –

    ANDAR SERI BEGAWAN, 1 MEI – Buku Ucapan Takziah bagi mengenang mangsa letupan tragis di Pelabuhan Shahid Rajaee di Bandar Abbas telah dibuka di Kedutaan Republik Islam Iran di Bandar Seri Begawan.

    Pada 30 April dan 1 Mei, duta besar, ketua perwakilan diplomatik yang bertauliah ke Negara Brunei Darussalam dan pegawai kanan Brunei mengunjungi Kedutaan Republik Islam Iran di Bandar Seri Begawan untuk menandatangani buku ucapan takziah.

    Mereka memberi penghormatan kepada mangsa kejadian, menyampaikan ucapan takziah dan simpati bagi pihak kerajaan masing-masing kepada keluarga yang berduka, serta kepada kerajaan dan rakyat Republik Islam Iran, dan menyatakan hasrat mereka untuk pemulihan yang cepat dan penuh bagi golongan yang cedera.

    ATAS & BAWAH: Duta besar dan ketua perwakilan diplomatik semasa menandatangani Buku Ucapan Takziah. – GAMBAR OLEH KEDUTAAN REPUBLIK ISLAM IRAN DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
    GAMBAR OLEH KEDUTAAN REPUBLIK ISLAM IRAN DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda