Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bulan akademik SR YSHHB berakhir meriah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Bulan Akademik Melayu Islam Beraja (MIB) dan Pengetahuan Ugama Islam (IRK) di Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) berakhir dengan meriah, hari ini.

    Hadir pada majlis penutup itu ialah Pengetua SR YSHHB, Hajah Mariam binti Haji Ladi serta murid-murid Tahun 1 hingga 6 sekolah berkenaan.

    Antara pelajar yang menghadiri majlis penutup itu ialah cucunda-cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Hafeez dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raihaanah Hanaa Ul-Bolqiah.

    Majlis itu dimeriahkan dengan persembahan drama pentas bertajuk Lumut Lunting yang dilakonkan semula oleh guru-guru Jabatan MIB sekolah berkenaan.

    Bulan Akademik MIB dan IRK yang berlangsung selama sebulan ini diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya bengkel menambat dastar bagi guru-guru akademik MIB.

    Selain itu, murid-murid juga berpeluang menyertai pertandingan menapih sinjang bagi pelajar rendah atas Tahun 4 dan 5 serta pertandingan menambat dastar bagi rendah bawah, Tahun 1 hingga 3.

    Antara lain objektif majlis adalah untuk memperlihatkan lakonan drama pentas cerita rakyat bertajuk Asal Ulu Lumut Lunting dan Pilong-pilongan yang dipentaskan oleh semua guru-guru dari Jabatan Akademik
    MIB.

    Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Hafeez antara pelajar yang hadir di majlis penutup tersebut.
    Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raihaanah Hanaa Ul-Bolqiah bersama pelajar-pelajar lain yang hadir.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda