Sunday, October 6, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bulan sabit merah Arab Saudi bantu jemaah haji Iraq pulang ke tanah air

    ARAR, 23 JUN – Pihak Berkuasa Bulan Sabit Merah Arab Saudi di wilayah sempadan utara telah menyediakan perkhidmatan perubatan, kecemasan dan sukarelawan kepada lebih 20,000 jemaah haji Iraq yang pulang melalui lintasan sempadan Jadidat Arar.

    Seramai 50 sukarelawan bekerja sepanjang masa untuk menyediakan perkhidmatan itu, termasuk memeriksa tanda vital, mengangkut warga emas dan mereka yang uzur serta menawarkan rawatan perubatan dan kecemasan yang komprehensif, lapor agensi berita Arab Saudi.

    Pasukan lapangan bersama ambulans udara dan darat mempunyai teknologi terkini untuk memberikan penjagaan terbaik kepada para jemaah. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda