Saturday, November 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buli penuntut UPNM, 16 individu diambil keterangan

    KUALA LUMPUR, 3 NOV – Polis telah merakam keterangan 16 individu setakat ini dalam siasatan kes buli dan dera seorang pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

    Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya juga merampas seterika yang disyaki digunakan untuk menekap mangsa semalam, namun belum menerima laporan perubatan lengkap berhubung kecederaan yang dialami mangsa.

    “Setakat ini sebanyak 16 individu telah dirakam keterangan dan siasatan sedang berjalan, laporan perubatan juga masih belum diperoleh,” katanya.

    Bernama difahamkan antara individu yang dirakam keterangan ialah mangsa, kakitangan ALK, saksi kejadian dan pegawai perubatan yang merawat kecederaan penuntut UPNM itu.

    Kejadian dipercayai berlaku di bilik asrama UPNM pada 11:45 malam, 22 Oktober selepas suspek berumur 22 tahun yang juga penuntut senior UPNM meminta mangsa menggosok baju kerja miliknya dan tiba-tiba mengambil seterika dipegang mangsa sebelum menekap di bahagian dada sebelah kanannya.

    Tindakan suspek itu menyebabkan mangsa terkejut dan menjerit serta menyebabkan kecederaan melecur. – Bernama

    Kejadian dipercayai berlaku di bilik asrama UPNM pada 11:45 malam, 22 Oktober. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda