Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Buli perlu ditangani, dicegah

    Baru-baru ini tular satu video tentang buli dalam kalangan remaja yang berlaku di premis awam di negara ini.

    Isu berkaitan buli bukan merupakan sesuatu yang baharu malah pernah berlaku sebelumnya.

    Namun, kejadian buli yang berlaku pada masa ini mempunyai sedikit perbezaan, di mana kecanggihan alat teknologi seperti telefon bimbit telah menjadikan kegiatan buli itu lebih meluas hingga menyebabkan kebimbangan pada masyarakat.

    Isu sedemikian tidak wajar berlaku dalam lingkungan sosial yang telah dibatasi dengan teknologi di mana ia sepatutnya dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi bersama-sama mendukung ke arah kemajuan dan pembangunan negara.

    Perkara itu telah menjadi satu cabaran kepada negara di mana isu buli yang berlaku itu bukan sahaja membabitkan mangsa buli bahkan juga tentang maruahnya disebabkan tindakan pembuli yang sewenang-wenangnya mengambil rakaman video dan kemudiannya menularkan kepada awam.

    Gambar Envato

    Perbuatan tersebut boleh memberi kesan negatif yang besar kepada mangsa buli, sama ada secara fizikal, emosi mahupun mental.

    Selain itu, ia turut memberi kesan kepada pembuli itu sendiri menyebabkan dirinya akan terbiasa menjadi individu yang kasar atau bermasalah dan sukar untuk membina hubungan sosial yang sihat.

    Sehubungan itu, sekiranya terdapat kejadian buli orang ramai disarankan untuk melaporkannya kepada pihak yang bertanggungjawab. Kesedaran pendidikan secara berleluasa tentang kesan buli perlu ditingkatkan bagi membantu mencegahnya daripada berlaku.

    Di samping itu, langkah tegas seperti tindakan undang-undang berupa hukuman juga perlu dilaksanakan supaya mereka sedar tentang kesalahan yang dilakukan.

    Buli bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Justeru itu, semua pihak perlu memainkan peranan dalam membanterasnya.

    K.Chiwa

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Sharnaaz Ahmad ‘tegur’ duda ikut trend Jamilah

    Pelakon Sharnaaz Ahmad menegur golongan duda yang terlalu asyik...

    Pelajar Tahun 6 SR YSHHB meriahkan aktiviti selepas PSR

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...