Friday, November 15, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buli siber kekal jadi masalah dalam tenis

    NEW YORK, 29 OGOS –  Caroline Garcia, pemain separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat (A.S) dua tahun lalu, menarik perhatian kelmarin mengenai masalah buli siber dalam tenis, terutamanya oleh orang yang berjudi, selepas kekalahannya pada pusingan pertama di kejohanan Grand Slam. .

    “Mungkin anda boleh berfikir bahawa ia tidak menyakiti kami. Tetapi ia menyakitkan. Kami adalah manusia,” tulis Garcia di media sosial. “Dan kadangkala, apabila kami menerima mesej (ini), kami sudah hancur secara emosi selepas mengalami kekalahan yang sukar. Dan ia boleh merosakkan. Ramai yang telah membangkitkan perkara itu sebelum saya. Dan masih tiada apa-apa tindakan.”

    Garcia, berusia 30 tahun dari Perancis yang telah berada di ranking setinggi Nombor 4, telah menjadi pilihan ke-28 di Flushing Meadows tetapi disingkirkan oleh Renata Zarazúa 6-1, 6-4 pada Selasa.

    Garcia menunjukkan ‘hanya beberapa’ contoh daripada beratus-ratus mesej yang diterima selepas kalah dalam perlawanan baru-baru ini, termasuk satu yang memberitahu dia harus mempertimbangkan untuk membunuh diri dan satu lagi berbunyi, “Saya harap ibu awda meninggal dunia tidak lama lagi.”

    “Dan kini, berusia 30 tahun, walaupun mereka masih sakit, kerana pada akhirnya, saya hanyalah seorang gadis biasa yang bekerja keras dan mencuba yang terbaik, saya mempunyai alat-alatnya dan telah melakukan pelbagai cara untuk melindungi diri saya daripada kebencian ini. Tetapi masih, tidak OK,” tulis Garcia. “Ia benar-benar membimbangkan apabila saya memikirkan tentang pemain muda yang akan datang, yang perlu melalui ini. Mereka yang masih belum berkembang sepenuhnya dan mereka yang benar-benar mungkin terjejas oleh kebencian ini.”

    Seperti yang dinyatakan oleh pemain lain terdahulu, dia bercakap tentang isu diserang secara lisan oleh penjudi yang kecewa kerana kehilangan wang akibat kekalahan.

    “Kejohanan dan sukan ini terus bekerjasama dengan syarikat pertaruhan, yang terus menarik orang baharu kepada pertaruhan yang tidak sihat,” kata Garcia. “Zaman jenama rokok menaja sukan sudah lama berlalu. Namun, sekarang terdapat promos syarikat pertaruhan, yang secara aktif memusnahkan kehidupan sesetengah orang.”

    Gangguan seperti ini melalui media sosial bukan perkara baru, sudah tentu, dan ia bukan perkara baru dalam tenis contohnya seperti yang telah dialami oleh semifinalis kejohanan New York 2022, beFrances Tiafoe dan juga juara Terbuka AS 2019, Bianca Andreescu.

    Pada 2022, Terbuka Perancis telah bekerjasama dengan sebuah syarikat yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menapis akaun media sosial pemain, dan beberapa penganjur lain yang seperti Terbuka AS, Wimbledon, kejohanan jelajah wanita dan Jelajah ITF peringkat rendah mengumumkan pada Disember bahawa mereka mula memantau ‘kandungan kesat dan mengancam’ di X, Instagram, YouTube, Facebook dan TikTok.

    “Ramai sebelum saya telah membangkitkan perkara itu,” kata Garcia. “Masih, tiada apa-apa kemajuan telah dibuat. Platform media sosial tidak menghalangnya, walaupun AI sedang berada dalam kedudukan yang sangat maju.”

    Dia menutup hantaran mesejnya dengan berpesan, “Lain kali anda melihat siaran daripada seorang atlet, penyanyi atau sesiapa pun, yang gagal atau kalah, anda harus ingat bahawa dia juga seorang manusia yang sedang mencuba yang terbaik dalam hidup. Jadi, cubalah bersikap baik. Berikan kasih sayang dan nikmatilah hidup.” – AP

    Aksi Caroline Garcia semasa menentang Renata Zarazua semasa pusingan pertama kejohanan tenis Terbuka AS pada 27 Ogos di New York. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda