Kira-kira empat tahun lalu, warganet Malaysia pernah gah di mata dunia atas keberanian mengganyang Israel menerusi tanda pagar #IsraelKoyak. Digelar ‘Tentera Bawang’ atau ‘Bawang Rangers’, mereka bukan sahaja bertindak menularkan poster mengecam regim Zionis itu susulan pengeboman ke atas Palestin, malah turut mengasak laman sosial Pasukan Keselamatan Israel (IDF), sekali gus menjana pujian masyarakat global.

