Wednesday, March 26, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bulls atasi Lakers yang ‘tumpul’ dengan LeBron

    LOS ANGELES, 23 MAC – Chicago Bulls mengejutkan Los Angeles Lakers dengan kemenangan 146-115 semalam, mencalarkan kepulangan bintang LeBron James selepas rehat dua minggu akibat kecederaan paha.

    Penjaring terbanyak NBA sepanjang zaman, James, mencatatkan 17 mata, enam rebound, dan empat assist dalam 31 minit permainan.

    Luka Doncic, yang kembali beraksi selepas berehat akibat pergelangan kaki yang sakit, mencatatkan lapan percubaan tiga mata dalam perjalanan mencapai 34 mata tertinggi pasukan, namun dia keletihan pada separuh masa kedua dan tiada pemain lain yang tampil untuk membantu.

    Austin Reaves, yang turut terlepas aksi akibat masalah pergelangan kaki, menyumbang 25 mata. Rui Hachimura, yang bermain dalam minit terhad selepas terlepas 12 perlawanan akibat kecederaan lutut, hanya mencatatkan lima mata untuk Lakers, yang kini berada di tempat ketiga dalam Western Conference.

    “Pertahanan kami mungkin kelihatan paling buruk tahun ini, terutama dalam tiga bulan terakhir,” kata jurulatih Lakers, JJ Redick.

    Aksi Matas Buzelis (14), menjaringkan mata pada separuh masa pertama perlawanan bola keranjang NBA, semalam. – AP

    “Saya tidak tahu sama ada kami meng-anggap kerana kami kembali lengkap, ia akan seperti tiga minggu lalu – itu bukan cara ia berfungsi.”

    Chicago memanfaatkan 21 turnover Lakers serta persembahan cemerlang daripada Coby White dan Josh Giddey.

    White membuat enam percubaan tiga mata dan mendahului semua penjaring dengan 36 mata, sementara Giddey dari Australia mencatatkan triple-double dengan 15 mata, 10 rebound, dan 17 assist.

    Giddey juga menyumbang lapan daripada 17 steal Bulls, hanya dua steal daripada quadruple-double yang jarang berlaku.

    Matas Buzelis turut menyumbang 31 mata ketika Bulls, yang berada di tempat kesembilan di Eastern Conference terus berusaha untuk memastikan tempat dalam kejohanan play-in. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda