LOS ANGELES, 2 NOV – DeMar DeRozan menjaringkan 37 mata tertinggi dalam perlawanan ketika Chicago Bulls bangkit di suku keempat untuk mengalahkan Boston Celtics yang sedang bergelut 128-114 kelmarin.
DeRozan membuat 15 daripada 20 jaringan semasa permainan dan menambah tujuh rebound untuk Bulls, yang bangkit daripada ketinggalan 19 mata pada suku ketiga untuk mencatat kemenangan.
Zach LaVine menamatkan perlawanan dengan 26 mata dan tujuh assist semasa kemenangan di hadapan 19,100 penonton di Boston Garden.
Jaringan tiga mata Ayo Dosunmu dengan perlawanan berbaki kurang tujuh minit pada suku keempat menamatkan rekod 29-9 untuk memberikan Bulls mendahului 106-105.
Chicago melebarkan kelebihan kepada dua angka selepas itu dan mengatasi Boston 39-11 secara keseluruhan pada suku terakhir.
Dosunmu menamatkan perlawanan dengan 14 mata, Lonzo Ball menambah 12 mata untuk Bulls, yang memperoleh kemenangan keenam mereka dalam tujuh perlawanan untuk memulakan musim ini.
Jaylen Brown berjaya menjaringkan 28 mata dan tujuh rebound untuk mengetuai Celtics. Sementara Jayson Tatum menambah 20 mata, Al Horford pula menjaringkan 20 mata dengan 10 rebound dan Marcus Smart menjaringkan 16 mata dalam kekalahan tersebut.
Kedudukan Boston menurun 2-5 pada musim ini, mencatatkan permulaan tujuh perlawanan terburuk sejak kempen 2006-07 apabila mereka tewas enam daripada tujuh perlawanan pertama mereka. – AFP
