CIUDAD MADERO, 2 OKT – Bumbung sebuah gereja runtuh di utara Mexico, semasa upacara Misa kelmarin, meragut sekurang-kurangnya sembilan jiwa dan mencederakan kira-kira 50 orang, kata pihak berkuasa ketika anggota pencari menyiasat serpihan sehingga lewat malam mencari mangsa yang terselamat. Kira-kira 30 ahli kariah dipercayai terperangkap di bawah runtuhan ketika bumbung runtuh, kata pihak berkuasa.

