Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bumbung kelab sukan runtuh, 13 maut

    BUENOS AIRES, 17 DIS – Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh apabila bumbung sebuah kelab sukan runtuh susulan ribut yang membadai bandar pelabuhan Bahia Blanca di Argentina kelmarin, kata pihak berkuasa.

    Hujan lebat dan angin kencang yang melanda Bahia Blanca menyebabkan bumbung di sebuah kelab sukan yang menganjurkan pertandingan meluncur runtuh, menurut sumber dari pejabat datuk bandar.

    “Perkhidmatan kecemasan mengesahkan 13 orang yang berada di kelab Bahiense del Norte terbunuh,” kata majlis perbandaran itu dalam satu kenyataan, sambil menambah pasukan bomba sedang bekerja di tempat kejadian di mana beberapa orang masih terperangkap di bawah runtuhan.

    Angin dengan kelajuan lebih daripada 140 kilometer sejam telah dicatat di bandar tersebut. – AFP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda