Thursday, March 20, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bumbung kereta dilengkapi tenaga solar

    Syarikat automobil Hyundai Motor memperkenalkan bumbung dengan sistem pengecasan solar.

    Teknologi mesra alam itu berfungsi membekalkan tambahan kuasa elektrik di samping meningkatkan kecekapan bahan api dan jarak pemanduan.

    Dalam kenyataan medianya, Hyundai Motor memaklumkan teknologi itu adalah yang pertama buat Hyundai dan digunakan pada Sonata Hybrid baharunya.

    “Sistem solar berfungsi sebagai sokongan kepada sumber tenaga elektrik dengan kelebihan seperti memperbaiki tahap kecekapan bahan api dan mengurangkan kadar emisi CO2. Sistem tersebut terdiri daripada struktur solar panel silikon yang dipasangkan di atas bumbung Sonata Hybrid. Ia mampu mengecas antara 30 hingga 60 peratus kapasiti bateri dengan enam jam pemanduan harian,” katanya.

    Menghasilkan tenaga elektrik

    Dari segi jarak, sistem berkenaan berupaya meningkatkan jarak pemanduan sebanyak 1,300 kilometer setahun. Terdiri daripada panel solar dan alat kawalan, elektrik dihasilkan semasa solar tenaga mengaktifkan permukaan panel solar yang mengubah tenaga dengan menggunakan foton (unit radiasi elektromagnet) cahaya daripada matahari.

    Proses tersebut menghasilkan lubang elektron berpasangan di dalam sel silikon yang kemudian menghasilkan tenaga solar elektrik.

    Elektrik yang terhasil ditukarkan kepada voltan standard oleh pengawal dan kemudian disimpan di dalam bateri. Dalam menghasilkan sistem pengecasan solar, Hyundai Motor turut mengambil kira aspek reka bentuk selain daripada faktor kecekapan. – Agensi

    Teknologi mesra alam itu berfungsi membekalkan tambahan kuasa elektrik di samping meningkatkan kecekapan bahan api dan jarak pemanduan. – Agensi

    Hyundai Motor memaklumkan teknologi itu adalah yang pertama buat Hyundai dan digunakan pada Sonata Hybrid baharunya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda