Thursday, June 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Bumbung restoran runtuh, 4 maut

    PALMA, 24 MEI – Suasana tenang pelanggan menikmati makanan di sebuah restoran di pulau pelancongan terkenal, Mallorca, di Sepanyol, semalam bertukar tragedi apabila bumbung premis itu runtuh, mengorbankan empat selain mencederakan 21 lagi mangsa.

    Menurut jurucakap perkhidmatan kecemasan, mangsa turut membabitkan pelancong dari luar negara, dengan tujuh daripada mereka yang cedera berada dalam keadaan sangat serius.

    “Mereka yang cedera kini dirawat di beberapa hospital,” katanya di aplikasi X.

    Pada masa sama, media tempatan turut melaporkan tragedi itu berlaku di restoran yang terletak di bangunan dua tingkat di kawasan Playa de Palma di selatan ibu kota pulau Mediterranean, Palma de Mallorca.

    Tinjauan wartawan AFP mendapati pasukan bomba dan ambulans yang dikerahkan ke lokasi kejadian giat membantu mangsa, manakala jalan di kawasan itu ditutup untuk laluan awam.

    Pasukan penyelamat turut dilaporkan cuba membawa mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan itu keluar.

    Pasukan kecemasan kini pada peringkat akhir operasi mencari dan menyelamat serta mengawal kawasan itu, kata jurucakap polis tempatan kepada stesen radio RNE sekitar tengah malam, waktu tempatan.

    “Teres ini runtuh mungkin disebabkan berat berlebihan,” katanya sambil menambah punca masih dalam siasatan. – AFP

    Pegawai polis menjalankan siasatan selepas sebuah restoran dua tingkat runtuh, membunuh empat dan mencederakan 16 orang di Playa de Palma, selatan ibu kota pulau Mediterranean Sepanyol, Palma de Mallorca pada 24 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan keluar nasihat gelombang haba

    SEOUL, 19 JUN - Agensi cuaca Korea Selatan pada hari ini mengeluarkan nasihat gelombang haba ketika suhu meningkat di seluruh negara. Nasihat gelombang haba itu...