Monday, July 1, 2024
23 C
Brunei

    -

    Bumi Sabah ‘digegar’ tentera tiga negara sahabat

    KOTA BELUD, 28 JUN – Bumi Sabah ‘digegar’ oleh tentera Malaysia, Amerika Syarikat (AS) dan Australia melalui Eksesais Keris Strike Siri 29/2024 bermula hari ini hingga 12 Julai bagi memperkukuh kerjasama pertahanan tiga negara berkenaan.

    Eksesais itu disertai Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Divisyen), Tentera Darat Malaysia (TDM) berpangkalan di Sabah; 25th Infantry Division, United State Army Pacific Command (25ID-USARPAC) berpangkalan di Hawaii; dan Rifle Company Butterworth (RCB), Australian Army berpangkalan di Butterworth, Pulau Pinang.

    Panglima 5 Divisyen Mej Jen Datuk Malek Razak Sulaiman berkata sebanyak 2,850 anggota tentera dari Malaysia serta 690 anggota dari AS dan 130 anggota dari Australia terlibat dalam eksesais itu.

    Beliau berkata Keris Strike merupakan latihan tahunan bilateral yang melibatkan kerjasama pertahanan antara Malaysia dan AS, namun siri kali ini turut membabitkan tentera dari Australia.

    “Eksesais dijalankan di kawasan sekitar Kota Belud, Sangkir, Simpang Langkon, Matunggong dan Kudat.

    “Saya mohon orang ramai supaya tidak panik kerana ini hanya latihan biasa, kita guna peluru kapur (blank) dan ia melibatkan hubungan antarabangsa tiga negara,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Malek Razak berkata pemilihan Sabah sebagai lokasi eksesais kali ini memberi peluang kepada TDM di Malaysia Timur khususnya 5 Divisyen bertukar-tukar pengalaman dan kepakaran dengan tentera dari kedua-dua negara berkenaan. – Bernama

    Mej Jen Datuk Malek Razak Sulaiman memakaikan lilitan lengan kepada tentera AS di Paradise Camp Kota Belud. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi akan lawat Kazakhstan, Tajikistan 2 Julai

    BEIJING, 30 JUN - Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri mesyuarat pemimpin dan mengadakan lawatan negara ke Kazakhstan dan Tajikistan mulai Selasa ini, kementerian...