Bundesliga kembali tanpa peminat?

BERLIN, 21 APRIL – Liga Bundesliga Jerman mungkin akan disambung pada 9 Mei, pemimpin wilayah negeri terbesar di negara itu berkata kelmarin, meskipun perlawanan akan mengambil tempat tanpa kehadiran peminat untuk mencegah jangkitan koronavirus.

Markus Soeder, perdana menteri Bavaria yang menjadi tuan rumah juara Bayern Munich, berkata ia akan kekal ‘sepenuhnya ditutup kepada peminat’ dalam stadium berikutan keperluan untuk melakukan penjarakan fizikal untuk memperlahankan penularan.

Tetapi ‘kami mungkin bermula pada 9 Mei dalam ‘ghost games’, Soeder memberitahu Bild, menggunakan perkataan Jerman ‘Geisterpiele’ untuk perlawanan dalam stadium yang kosong.

“Hujung minggu dengan bola sepak adalah jauh lebih baik daripada hujung minggu tanpa bola sepak,” tambahnya.

Seperti Armin Laschet, menteri di Utara negeri Rhine-Westphaila iaitu tempat bagi pasukan Borrusia Dortmund, berkata liga utama Jerman mungkin disambung ‘dengan syarat terdapat konsep yang difikirkan secara menyeluruh’.

Bola sepak Jerman telah digantungkan sejak 13 Mac kerana COVID-19.- AFP

Gambar fail pasukan Bayern ketika meraikan jaringan pada perlawanan lalu. Liga Bundesliga Jerman mungkin akan disambung pada 9 Mei meskipun perlawanan akan mengambil tempat tanpa kehadiran peminat.- AP