Friday, February 7, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bunga api ceriakan kesuraman

    TOKYO, 1 JUN – Puluhan pertunjukan bunga api meledak serentak di seluruh Jepun hari ini untuk menceriakan penduduk dan membantu menyediakan latihan bagi artisan piroteknik yang bergelut.

    Lebih 160 pengilang telah melancarkan pertunjukan bunga api mereka tepat jam 8 malam di lokasi rahsia di seluruh negara selama lima minit yang digelar ‘Ceria Hanabi’.

    Dalam era penjarakan sosial, pertunjukan serentak telah direka cukup panjang bagi mereka yang berkejar ke balkoni atau pintu rumah untuk menyaksikannya namun terlalu pendek bagi mereka yang hendak bergegas ke tapak pelancaran.

    Dengan festival musim panas tradisional dibatalkan akibat koronavirus, artisan bunga api berkata mereka mahu membawakan cahaya di ruang udara semasa waktu suram ini.

    “Dari segi sejarahnya, bunga api di Jepun dilancarkan sebagai doa untuk membasmi wabak dan untuk menghiburkan semangat yang sudah tiada,” kata pertukangan Tokyo, Kouhei Ogatsu, 38, kepada AFP.

    “Dalam perniagaan, kami telah membincangkan apa boleh kami buat dalam masyarakat ini yang telah berubah begitu ketara akibat koronavirus,” dan memutuskan untuk mengadakan pertunjukan seluruh negara bagi menceriakan orang awam,” katanya.

    Pandemik telah menyukarkan pengeluar bunga api yang menghabiskan sepanjang tahun membuat dan menghasilkan kraf mereka dan kini tidak dapat menjualnya kerana festival telah dibatalkan, kata Ogatsu.

    Artisan perlu sentiasa membuat bunga api untuk mengekalkan kemahiran mereka. Namun mereka hanya boleh mengekalkan sejumlah serbuk mercun mengikut undang-undang, memaksa mereka untuk mencari jalan bagi menggunakan stok dengan mengelak perkumpulan ramai. – AFP

    Pertunjukan bunga api di tempat suci Okunitama, Fuchu di Tokyo pada 1 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda