Friday, December 20, 2024
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bunga api penyeri Tahun Baharu Cina di Macau

    MACAU, 15 FEB – Orang ramai teruja bergambar dengan rantaian mercun berwarna merah yang dinaikkan pada tripod menjulang tinggi di sepanjang dermaga Macau, bergembira pada waktu akhir cuti Tahun Baharu China sebelum ia dinyalakan.

    Letupan api yang pantas mencipta bunyi gemuruh berterusan di kawasan pantai wilayah China semasa sambutan meriah kelmarin, yang terakhir daripada enam malam di mana bunga api dibenarkan.

    Bekas tanah jajahan Portugis itu, mengawal ketat penjualan dan pencahayaan bahan letupan, termasuk bagi upacara cuti tahunan yang terhad kepada dua zon yang ditetapkan, di mana Macau merupakan negara terakhir yang pernah menonjol dalam perdagangan mercun global.

    “Setiap Tahun Baharu Cina, saya akan datang ke sini sekitar hari terakhir hanya untuk melihat bunga api,” kata Mike, orang asli Macau yang berkunjung ke rumah untuk musim cuti.

    “Biasanya dalam sejam terakhir atau lebih, mereka akan menjual bunga api pada harga yang murah.”

    Macau yang kini terkenal dengan kasino mewahnya pernah bergantung pada industri pembuatannya, di mana salah satu pulaunya, Taipa, didedikasikan hampir secara eksklusif untuk pengeluaran mercun.

    Albert Lai, yang dilahirkan dan dibesarkan di Taipa, teringat bagaimana setiap isi rumah di kawasan kejiranannya termasuk rumah sendiri akan menugaskan anak-anak mereka untuk menjalin mercun.

    “Apabila Tahun Baharu China, kami tidak perlu membeli mercun. Beberapa mercun (kami tocang),” kata seorang penyelidik mengenai sejarah Macau dengan bahan letupan, Lai, kepada AFP. – AFP

    Seseorang melihat mercun ketika ia meletup pada hari kelima Tahun Baharu China di Macau pada 14 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda