Sunday, April 13, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bunga api, vape dirampas dalam rondaan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 APRIL – Beberapa kotak bunga api dan rokok elektronik (vape) berbagai jenis yang merupakan barang tegahan di negara ini telah berjaya dirampas dalam satu rondaan yang dijalankan oleh anggota Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) di kawasan Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien.

    Barang tegahan berkenaan ditemui dalam sebuah kenderaan jenis sedan yang mencurigakan, lalu aksi kejar mengejar berlaku sepanjang jambatan berkenaan yang kemudian ditemui berhenti di tengah-tengah jalan di kawasan Perumahan Tanah Jambu.

    Pemandu dan penumpang akhirnya bertindak melarikan diri serta meninggalkan kenderaan tersebut.

    Barang-barang tegahan tersebut dirampas dan diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam Dan Eksais Diraja (JKED) untuk tindakan selanjutnya.

    PPDB ingin memberi peringatan kepada orang ramai bahawa adalah menjadi satu kesalahan memiliki dan membawa masuk barang tegahan seperti bunga api dan rokok elektronik di bawah Akta Kastam.

    Sebarang maklumat mengenai sebarang kegiatan penyeludupan boleh disalurkan ke Balai Polis berdekatan atau melalui talian kecemasan 993.

    Antara barang tegahan yang dirampas semasa tahanan berkenaan.

    Semua di atas: Kenderaan yang ditemui membawa barang tegahan berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN PPDB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda