Sebulan mendirikan rumah tangga, nama penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) kembali menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat.
Kali ini, warganet perasan bahagian perut BCL kelihatan buncit sehingga ramai membuat spekulasi penyanyi berkenaan sedang berbadan dua.
Ia susulan perutnya jelas kelihatan berbeza semasa mengenakan gaun pendek menerusi sebuah video ketika BCL menyambut Hari Krismas bersama rakan-rakannya pada Isnin lalu.
Pada 2 Disember lalu, BCL selamat disatukan dengan lelaki pilihannya Tiko Aryawardhana di Resort Amankila, Bali, Indonesia.
Majlis berkenaan turut dihadiri keluarga selain rakan dan saudara terdekat malah keluarga Ashraf Sinclair turut meraikan pasangan pengantin.
Untuk rekod, Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Aidan.
Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 semasa tidur akibat serangan jantung.
Sementara Tiko pula merupakan bapa kepada tiga orang anak dan telah bercerai pada 2021. – Agensi