Wednesday, February 26, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bunga Citra Lestari tunai umrah bersama suami

    Menunaikan ibadah umrah sempena kedatangan tahun 2024, penyanyi Bunga Citra Lestari meluahkan rasa syukur dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci bersama suami iaitu Tiko Aryawardhana dan anaknya Noah Aidan Sinclair serta ibu, Emmy Muchlis.

    Kata Bunga, 41, kesempatan berada di Kota Mekah bersama insan tersayang merupakan satu pengalaman menakjubkan dan menjadi kenangan yang tidak boleh dilupakan untuk penutup tahun 2023.

    “Alhamdulillah, umrah pada malam terakhir di tahun 2023.

    “Terima kasih tahun 2023, sangat menakjubkan dan selamat tahun baharu,” katanya menerusi satu hantaran di muat naik di Instagram.

    Dalam pada itu, memetik kenyataan mStar, penyanyi lagu Wanita Terbahagia ini juga berkongsi video memperlihatkan dia berpeluang memegang Kaabah, selain foto-foto bersama keluarga disekitar Masjidil Haram, Makkah.

    Bagaimanapun hantaran dikongsi penyanyi berkenaan menerima pelbagai reaksi warganet termasuk ada yang menasihati Bunga untuk mengubah cara pemakaian.

    “Semoga selepas pulang dari umrah nanti Bunga dapat nilai semula cara pemakaiannya.

    Kalau tidak berhijab sekali pun, setidaknya janganlah memakai pakaian yang terlalu terbuka.

    “Kalau sudah melaksanakan ibadah umrah, cara berpakaian juga harus diubah,” tulis warganet. – Agensi

    Bunga Citra Lestari menunaikan ibadah umrah bersama suami dan keluarga. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda