Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bunga, gambar tanda penghormatan ulang tahun kematian Puteri Diana

    LONDON, 31 OGOS – Ulang tahun ke-25 kematian Puteri Diana disambut dengan orang ramai meletakkan bunga, bendera dan gambar bertulis sebagai tanda penghormatan di pintu pagar Istana Kensington dan di atas terowong Pont de I’Alma.

    Di rumah keluarga Spencer, Charles Spencer menurunkan bendera Union Jack separuh tiang menandakan perkabungan.

    Tahun lalu, Putera William dan Putera Harry melancarkan tugu peringatan pada hari jadi Diana ke-60. Namun tahun ini putera-putera diraja itu tidak hadir di mana-mana peringatan rasmi, sebaliknya memperingatinya secara tertutup bersama keluarga sendiri. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda