Sunday, April 27, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bunga mawar indah hiasi suasana taman

    RUANG tanah kosong yang terhad tidak menghalang setiap pemilik rumah untuk mencipta lamannya tersendiri secara kreatif.

    Malah, melalui tanaman hiasan yang sesuai di keliling rumah, ia bagaikan terapi yang menenangkan.

    Keunikan dan warna bunga mawar yang mempesonakan selain mempunyai haruman tersendiri setentunya dapat menambahkan lagi seri dalam sesebuah taman.

    Hakikatnya pokok bunga mawar dapat dikatakan bersifat ‘manja’ dan tanaman itu jelas memerlukan penjagaan rapi di samping perlu menerima siraman setiap hari selain pembajaan berkala.

    Ia adalah penting bagi memastikan kesegaran pokok kerana mawar memerlukan suhu yang dingin.

    Keadaan laman setentunya akan tampil lebih menarik apabila mawar berkembang mekar.

    Alternatif tanaman dengan menggunakan pasu boleh digunakan bagi menggantikan ruang yang terhad di laman rumah.

    Ruang yang terhad di laman rumahnya itu menyebabkan beliau memilih menggunakan pasu berbanding menanamnya terus di atas tanah.

    Kaedah itu bukan saja memudahkan proses penyusunan di setiap sudut laman, tapi juga tampil lebih kemas selain mudah bagi aktiviti penyelenggaraan.

    Masalah serangan serangga perosak antara cabaran menanam bunga mawar, namun para pengusaha tidak wajar patah semangat untuk terus menjadikan laman kediaman sebagai laman mawar yang indah.

    Justeru, tidak hairan bunga mawar sering dikaitkan dengan lambang keanggunan, kemegahan, kasih sayang dan ikatan persaudaraan yang sejati.

    Keindahan dan keanggunan bunga mawar terbukti apabila ramai yang meminati bunga ini, bukan saja kalangan wanita, malah juga lelaki.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda