Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bunuh anak penguin, petani dipenjara tiga tahun

    BUENOS AIRES, 21 NOV – Seorang petani Argentina dijatuhi hukuman penjara tiga tahun semalam, atas kesalahan melaku kekejaman terhadap haiwan setelah didapati bersalah membunuh lebih 100 anak penguin Patagonian.

    Penternak biri-biri dari wilayah selatan Chubut itu didapati bersalah bulan lalu kerana memusnahkan puluhan sarang dan membunuh anak penguin pada 2021 ketika membersihkan tanah di kawasan taman alam semula jadi Punta Tumbo, yang merupakan habitat utama bagi salah satu koloni utama penguin Magellan di pantai Atlantik.

    Menurut undang-undang jenayah Argentina, petani tersebut tidak mungkin akan dipenjarakan kerana sabitan pertama dan hukuman sehingga tiga tahun sering digantikan dengan alternatif lain.

    Pendakwa raya dalam kes ini memohon hukuman penjara empat tahun dikenakan terhadap tertuduh.

    Kumpulan alam sekitar Greenpeace, yang bertindak sebagai pengadu dalam kes tersebut, menyambut baik sabitan tersebut dengan menyifatkannya sebagai ‘langkah penting dalam keadilan alam sekitar.’

    Petani itu bagaimanapun mempertahankan tindakannya, dengan mendakwa bahawa dia tidak mempunyai pilihan lain selain membersihkan tanah kerana pihak negeri gagal menyediakan laluan akses ke ke atas harta miliknya atau sempadan antara ladangnya dan taman tersebut.

    Penguin Magellan disenaraikan sebagai spesies ‘paling kurang membimbangkan’ dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN), bermaksud ia tidak berisiko kepupusan walaupun populasinya semakin berkurang. – AFP

    Seekor penguin Magellanic bersama anaknya dilihat di dalam sarang di Punta Clara, kira-kira 18km dari Taman Negara Punta Tumbo, wilayah Patagonia, Chubut, Argentina. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda