Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Bunuh guna botol wain, warga Australia dipenjara

    SINGAPURA, 8 APRIL – Warga Australia yang membaling botol wain dari sebuah apartmen di Singapura dan membunuh seorang lelaki warga emas, dijatuhkan hukuman penjara lima tahun setengah, hari ini, dalam apa yang digelar pendakwa raya sebagai sikap bermusuhan terhadap Muslim.

    Andrew Gosling membaling bo-tol itu dalam tahun 2019 dari tingkat tujuh kondominium ke arah sekumpulan Muslim yang berkumpul semasa majlis barbeku di kawasan dua tingkat di bawahnya. Lelaki berusia 49 tahun itu yang minum bir sebelum melakukan jenayah itu, berniat mahu mengejutkan kumpulan itu, namun botol itu terkena kepala Nasiari Sunee, 73, mengakibatkan tengkoraknya pecah. Nasiari, seorang pemandu penghantaran meninggal dunia di hospital, manakala isterinya, 69, mengalami kecederaan tangan, menurut fakta mahkamah.

    Pendakwa raya meminta hukuman yang akan menegah jenayah seumpamanya pada masa akan datang memandangkan kesalahan Gosling ‘adalah satu kekerasan agama.’ Dia melarikan diri dari tempat kejadian selepas membaling botol untuk mengelak dikesan, melaungkan kata-kata kesat berkaitan agama mengenai Muslim,’ kata pendakwa raya semasa kes itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...