Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bunuh isteri sehari sebelum Aidilfitri

    KAJANG, 9 MEI – Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah di Cheras sehari sebelum Aidilfitri, di sini, hari ini.

    Mohd Syawalludin Ismail, 38, didakwa membunuh Siti Nadirah Mohd Nazul, 28, di sebuah rumah di Taman Koperasi Maju Jaya, Jalan Maju Jaya 5, Cheras antara 12 tengah malam hingga 3:30 pagi pada 1 Mei lalu.

    Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan. 

    Mohd Syawalludin mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Syahrul Sazly Mohd Sain dan tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

    Mahkamah menetapkan 14 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
    Pendakwaan dikendalikan Tim-balan Pendakwa Raya, Nurul Husna binti Amran manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

    Pada 6 Mei lalu, media melaporkan seorang wanita maut akibat dipukul oleh suaminya dipercayai kerana memuat naik di media sosial bahawa lelaki itu mempunyai hubungan sulit, dalam kejadian di sebuah rumah flat. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda