Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bunuh tiga individu, lelaki dihukum gantung dilokasi kejadian

    TEHRAN, 21 OGOS – Iran hari ini melaksanakan hukuman gantung di khalayak ramai terhadap seorang lelaki yang disabitkan kesalahan membunuh tiga individu, termasuk sepasang suami isteri, di lokasi jenayah berkenaan di bandar Kordkuy.

    Ketua kehakiman wilayah, Heidar Asiabi, dipetik portal kehakiman Mizan Online berkata hukuman itu dilaksanakan pada waktu subuh di tempat kejadian sebagai langkah balas terhadap kes yang mencetuskan kemarahan orang awam.

    Lelaki itu sebelum ini disabitkan kerana menembak mati sepasang suami isteri dan seorang wanita muda dengan senapang memburu lewat tahun lalu.

    Pelaksanaan itu berlaku hanya dua hari selepas seorang lelaki turut digantung di khalayak ramai di wilayah Fars pada Selasa kerana membunuh seorang ibu dan tiga anaknya dalam rompakan. Isteri pesalah terbabit, yang turut dijatuhi hukuman mati, akan dihukum gantung di penjara pada tarikh lain.

    Menurut kumpulan hak asasi manusia termasuk Amnesty International, Iran merekodkan jumlah pelaksanaan hukuman mati kedua tertinggi di dunia selepas China.

     Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bulan lalu menggesa Tehran menghentikan penggunaan hukuman mati susulan laporan sekurang-kurangnya 612 pelaksanaan dalam separuh pertama tahun ini.

    Bagaimanapun, pihak berkuasa Iran menegaskan hukuman mati hanya digunakan bagi kesalahan paling berat, termasuk pembunuhan, rogol, zina, jenayah dadah serta kesalahan syariah. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda