Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Bunyi bising ganggu ketenteraman hidup berjiran

    Malam minggu lalu, saya berharap dapat memberi ketenangan untuk berehat selepas penat bertugas pada hari-hari biasa.

    Tetapi jangkaan saya itu tersasar apabila masa tersebut terjejas oleh suara bising yang datang daripada jiran sebelah rumah.

    Pada awalnya saya menyangka mereka sedang mengadakan majlis atau acara keramaian namun sebaliknya ia hanyalah sebagai hiburan persendirian.

    Setakat laungan bunyi karaoke, saya masih lagi boleh menerimanya, tetapi mereka melakukannya sehingga larut malam.

    Kemudian ditambah lagi dengan bunyi sistem bunyi dan letupan daripada ekzos kereta seakan-akan memekakkan halwa telinga.

    Satu perkara lagi, setelah selesai dengan karaoke, kedengaran pula bunyi vakum. Ia seolah-olah merupakan gangguan yang tiada kesudahannya.

    Bukan untuk menjaga tepi kain orang akan tetapi adalah tidak wajar jika ingin memvakum kereta terutama pada tengah malam ketika jiran sedang berehat atau tidur.

    Alangkah baiknya jika ia dilakukan pada siang hari atau sebelum menjelang malam supaya tidak mengganggu ketenteraman jiran dan tetangga yang lain.

    Sebagai jiran perlu menunjukkan rasa hormat masing-masing bagi menggelakkan perselisihan faham sekali gus memupuk kehidupan yang lebih harmoni.

    A-jeez

    Gambar Envato

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Sharnaaz Ahmad ‘tegur’ duda ikut trend Jamilah

    Pelakon Sharnaaz Ahmad menegur golongan duda yang terlalu asyik...

    Pelajar Tahun 6 SR YSHHB meriahkan aktiviti selepas PSR

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...